Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Datuk Seri Mohamed Azmin diberi ruang untuk berfikir sama ada mahu mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti atau sebaliknya.

Katanya, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu mempunyai hak untuk membuat keputusan sebelum pemilihan Ogos nanti.

“Dia (Azmin) tidak kata apa-apa pun lagi. Tunggulah, bagilah ruang dia fikir, bincang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Ceramah Khas bersama Anwar Ibrahim di Jalan Kebun malam tadi

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com